Itinerary Kundasang, Sabah 2017!

Assalamualaikum wbt.


Kali ni KC nak share Itinerary ke Kundasang untuk readers.Hari ni baru KC sempat nak menulis blog. Iti nya dah terperam 4 bulan dah. Maaflah kalau ada readers yang tertunggu-tunggu. 

Notes: 2 malam Kundasang, 1 malam bandar KK.

Hari Pertama

Sampai airport KK, terus ambil luggage. Lepastu keluarkan IC/Passport lalu dekat Immi Sabah, nanti dorang akan bagi Arrival Slip. Simpan arrival slip (nanti masa balik kena pulang balik dekat kastam sabah). Then ambil kereta sewa terus pi Kundasang. Masa tu jam dah pukul 5 petang (lambat sbb ada masalah sewa kereta #marah). Dari airport (KKIA) ke Kundasang lebih kurang 2jam lebih.

Notes: Jalan nak Kundasang berbukit tinggi, nak ke homestay tu laaaaagi tinggi. So, mohon berhati-hati ye. Terutama kalau hujan. FYI, korang kena sewa kereta cc besar.

Sampai je kat D's Homestay Mesilou, terus masuk, mandi dan chop tempat tidur. Masa tu malam dah, baru lepas hujan. Suhu 16 sejuk wooo. Air dia, Ma shaa Allah sejuk beku. Yang muda-muda macam kami ni angkat barang dr van, masuk dalam homestay. Mak dgn Makcik dah start memasak untuk dinner. Minyak masak pun beku. Hehehe. Lepastu takde apa2 aktiviti. Just berehat je. Tidur awal untuk aktiviti esok.

Ha inilah Homestay kami. Kecik tapi Bersih! Model: Sepupu KC.


Pemandangan Kinabalu Mt tepi homestay

Hari Kedua

Bangun pagi pukul 5 pagi, Sbb menunggu sunset. Memang cantik sangat-sangat Sunset kat sini. SubhanAllah. Tapi tak sempat ambil gambar sebab terlalu asyik tengok sunset. 

Pagi tu kami breakfast kat homestay je. Pukul 8pg terus pergi Desa Dairy Farm (DDF). Alahai yang famous mcm kat NZ tu. Tempat dia memang cantik tapi agak berbau pasal lembu kan. Dengan cuaca sejuk, dengan ada bau lembu, terasa mcm ada kat Kampung je.

DDF tu dekat je dgn homestay, lebih kurang 2 minit bawak kete. Dah bergambar, rasa aiskrim dan susu dia, Super Duper Lazat! Wajib try. Kami shopping banyak2 untuk bawa balik Semenanjung, kan homestay dekat je, so balik jap, simpan air semua dalam freezer.


Sedapnya Aiskrim dia. Fresh!


Tempat perah susu lembu


View awal pagi, Alhamdulillah, Gunung Kinabalu tak malu hari ni!

Then kami pergi Tagal Sg Moroli aka fish spa pulak. Bayaran masuk RM5/pax. Sebelah fish spa tu ada Ladang Teh (masuk free je) so kitorg masuk sana minum2 dekat cafe dia. Then cashier sana tu kata kalau terus sikit ada Rumah Panjang, kami pergi sana melawat jela. Tempat dia agak scary sebab takde orang pun. Kami je yang ada kat situ.


Sepupu suap ikan. Suap ikan takpe, Jangan anak ikan maaak sudahlah. Hehe

Lepastu balik singgah lunch kat tepi jalan je then balik terus pergi shopping sayur + buah kat pekan kundasang. Lepastu pergi shopping dekat Pekan Nabalu. Lepas habis shopping, singgah makan bihun sup dekat Restoran Hidayah dekat roundaboard pekan kundasang. Sedap sup dia. Wajib Try. Landmark dia sayur kobis besar. Untuk Dinner malam kami beli KFC kat Pekan Kundasang.

Bunga-bunga. Geram nak bawa balik!


Taraaa!! Ni lah Van kami.

Notes: Minta maaf, Mostly makanan dekat sana tak kena dengan tekak orang Semenanjung. Jadi makanan yang paling best dekat sana adalah KFC. Minta maaf Sabahan.

Hari Ketiga

Hari terakhir dekat Kundasang, sebab lagi 1 hari kami stay dekat Bandar KK pulak sebab nak makan seafood. Pagi tu after breakfast, kami pergi Kinabalu Park dulu, bayaran masuk RM3/pax. Dah bergambar semua, kami pergi Shopping sekali lagi dekat Pekan Nabalu.



Senarai Nama Rekod Sape daki Gunung paling laju. 

Dekat sana kami shopping dekat kedai no 10. FYI, kedai tu kepunyaan kawan kakak KC, jadi kami shopping kat sana, kaw-kaw dia bagi murah. Siap bagi free gift lagi. Semoga dimurahkan rezeki akak Mun dan Family. Terima Kasih akak Mun!



Ni dia Kedai Kak Mun, Kedai No 10!

On the way nak ke KK, kami singgah makan Nasi Ayam dekat tepi jalan. Nama kedai tu MJ Corner, terletak dekat Bulatan Berungis. Serious sedap Nasi Ayam dia, tapi mahal sikit la
.  
Sampai je dekat KK, masatu dah pukul 2 petang, jadi kami terus Check In Hotel (Le Hotel Kinabalu). Hotel Alhamdulillah, bersih. Bilik air 9/10. Petang jam 4 petang kami turun pergi Pasar Ikan Masin. Dia sebelah dengan Pasar Filipin je. Beli Keropok Amplang berbungkus2. Habis RM200 sahaja untuk beli Amplang. Wajib beli kalau datang Sabah - kata iparku orang Sabah. Hihihi.



Nasi Ayam Sedap tapi Mahal. Hehe

Malam makan kami makan seafood kat Dataran Todak, kat Kedai Ummi atau Hj Manja. Kedai ni berdepan antara 1 sama lain. Haritu kitorg makan kat Kedai Ummi, sedap! Kedai Hj Manja tu ramai orang jadi kami makan dekat Kedai Ummi. Serious sedap!









Ha ni dia Gerai Ummi And Family.
Kedai Ummi.


Hari Ke Empat

Hari Terakhir kami dekat KK. Flight kami jam 12.30 pm. Jadi kami kemas2 barang terus pergi KKIA. Breakfast KFC je kat sana. Jam 3.30 pm baru sampai KLIA2. Alhamdulillah!





Shopping Seafood bawak balik Semenanjung



Masa untuk Check in barang!


Jadi rasanya untuk trip kali ni, KC bagi 9 out of 10. Sabah memang best! Cantik! Nak repeat lagi, tapi tahun ni, jadual KC beratur, Bulan 9, 11, 12 Full!

untuk Bajet Kos Penginapan, Kereta Sewa dan sebagainya Klik Sini

**Tips
- Bawak beras sendiri, makanan Sabah kurang di tekak KC kecuali dkt KK.
- kat sepanjang jalan nk pi Kundasang banyak Sinalau Bakas ( Babi hutan salai) jgn singgah pulak. Hehehe.
- cili kat sabah mahal sbb org sana kurang makan pedas

Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih. Jemput jalan-jalan ke blog saya.

      Delete
  2. Hi saya sabrina. Blh share itinerary. Nk bawak fmly feb 2019.fmly besar :) sabrina272001@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. tolong share macam mana urus packed seafood bawak balik semenanjung

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi Thanks for showing your interest. I'll contact you soon! Lots of Love, KC

Wajib Baca!

Itinerary dan Kos bercuti di Tawau, Sabah

Cara Beli Tiket Online Air Asia

Itinerary Tokyo 6 Hari 5 Malam