Itinerary Tokyo 6 Hari 5 Malam


Assalamualaikum wbt.

Dah 3 Bulan KC tinggalkan bumi Matahari terbit, hari ni baru ada masa nak tulis itinerary dan pengalaman masa kat sana.

KC pergi Tokyo seorang diri. Tak berteman. Cuma adalah jumpa anak angkat mak kat sana. Tapi still kira pergi berseorangan la.

Beberapa kawan ada yang tanya, travel solo ni mak kau bagi pulak. FYI, KC siap buat paperwork and tunjuk kat mak tau (read: sarcasm). Tak perlu lah cerita banyak, mak bagi ke, laki bg ke, nenek bagi ke, yang penting KC dah sampai dah selesai dah selamat pun balik Malaysia. Alhamdulillah.
So, this time KC akan cerita sedikit itinerary @ perjalanan KC selama 6hari 5 malam ke Tokyo. Mana-mana readers yang nak guna itinerary KC, ambik lah, KC halalkan semuanya. Tapi KC nak pesan, itinerary Tokyo ni tak padat dan santai-santai je, bukan Touch and Go ye. Hehe.



Day 1~ 8 Nov 2017

KUL – HND (Lebih Kurang 6hours 30minutes)
Sampai sana pukul 10 malam waktu Japan (9 malam waktu Malaysia). Mula-mula sampai tu rasa waahhhh excited sangat okay sebab tak sabar nak tengok daun-daun bertukar warna.

*Tips: Masa dekat immigration, mohon buat muka paling suci okay. Tapi haritu nasib KC tak baik walaupun dah buat muka ala-ala Cat, dekat immi tu dorang akan tanya random question. Macam KC kena, ‘buat apa datang Tokyo? stay dekat mana? Berapa lama?’.


Contoh Disembarkation Card. Wajib isi, nanti FA bagi dalam flight.

Yang ni kalau ada nak declare apa-apa lah. Kalau takde nak declare apa-apa, boleh tick NO.

Disebabkan KC ada join group Road To Japan, dah study kaw-kaw route iti dan sebagainya jadi takdelah menggelabah beruk kat depan pegawai tu. So still senyum dan keluarkan segala mak nenek dokumen yang KC dah prepare sebelum ke Tokyo.

Dokumen penyelamat:

·         Salinan IC/Surat Beranak
·         Salinan Passport
·         Travel Insurans (Bukti pembelian)
·         Print Tiket Pergi Balik (Yang ni penting oii!)
·         Bukti tempahan booking hotel (Yang ni lagi penting)
·         Sila Inform Malaysian Embassy di Tokyo (Email je)
·         Itinerary (Sangat Penting!)
·         Debit Card, Credit Card, Duit Cash. Kalau tak bawak banyak, korang korang keluarkan semua debit card dan Credit Card. Cakap je tak berani bawak cash banyak-banyak.

Sebenarnya yang dorang duk random tanya tu sebab taknak orang masuk Jepun sebab nak kerja etc, kalau pegawai tu tanya berapa duit yang kau ada, tunjuk je, nyatakan berapa cash yang ada, debit card, credit card sebab Japan ni Negara yang serba serbi mahal. Kau bayangkan eh, naik train dari point A-point B paling MURAH harga RM6 sehala! Sebab tu dorang tanya semua tu sebab taknak orang datang tempat dia, merempat tak tentu hala, jadi macam pendatang asing tanpa izin. #donemembebel

Lagi satu, sebelum pergi tolong buat preparation yang cukup, secukupnya! Sediakan ubat-ubatan yang secukupnya. Travel Insurans tolong beli, kos perubatan kat sana tersangatlah mahal! Malang tak berbau, tambahan lagi kalau menyusahkan rakyat Malaysia nak kutip buat tabung derma untuk kos perubatan kau kat sana. Yang ni nanti KC akan buat satu entry khas untuk persediaan sebelum ke Jepun.
Air Mineral perisa Peach. Sedap!!

Air putih rasa Teh Tarik.
Apa salah mencuba bila dah kumpul duit bertahun-tahun, rugi lah tak cuba benda baru. HUHUHU

Okay sambung balik.

Dah selesai menerangkan satu-satu kat pegawai immi tu, so dia pun lepaskan dan ambil luggage kat bahagian depan sikit dari bahagian cop passport. Then depan sikit, ada untuk bahagian quarantine tu, siapa2 yang ada bawak beras ke atau apa-apa jelah barangan yang perlu di declare, silalah declare. Jujurlah kalau taknak susah.

Masa KC pergi takde anjing, kalau nasib tak baik, ada anjing yang akan hidu beg kita. Lagipun KC takde bawak barang yang kena declare pun.

Dah selesai kat bahagian immigrations, keluar dari situ terus pergi Tourist information centre untuk beli Subway Pass. Then pergi ke Prayer Room kat Tingkat 3 (cari kaunter tulis K). Surau dekat Haneda ni tak boleh tidur sebab setiap 30minit akan ada pegawai yang buat spot check. Tolong jangan buat perangai kat tempat orang ye wahai Malaysian yang dipandang mulia. Hehehe. Jadi KC rehat2 (read: tidur kat airport) je kat sebelah prayer room tu tunggu pagi.

Tandas Kat Haneda. 

Ni contoh Pasmo dan Tiket Subway (For Foreigner) yang KC guna sepanjang 6 hari kat Tokyo.

Jangan beranganlah nak tidur kat airport tu, tak dpt tidur langsung! Hahaha! So, siapa yang tak selesa boleh booking Hotel area Haneda Airport dulu. Sementara tunggu pagi, KC pergi cas hp dan powerbank kat kerusi kat sana dan setting internet. Internet KC beli sim card dekat Annie Ling (hello 1010) Super fast! Dan jimat sangat! Sambil2 tu pusing airport, lepastu beli air Georgia (Peberet dakuuu) dan dinner biskut je, kedai halal dah tutup. Haha. Try lelapkan mata, tapi masih tak boleh. Manja betul mata daku.


Day 2~ 9 Nov 2017

Pukul 5.30 pagi KC naik Keikyu Line, pergi letak beg dekat Hostel (Akatsuka Gogo House/ Tokyo Gogo House). Yang datang musim sejuk tolong lah pakai baju tebal2. Suhu 13c pagi tu, tapi angin dia Ya Rabbi, sejukkkkkkk sangat! Orang kat sana helpful, ada yang tak sebenarnya, takpelah, itu semua pengalaman. Jumpa orang yang baik gila, ada yang nak taknak je tolong kite. Sedihhhh. Hahaha

KC difahamkan yang taknak tolong tu sebab dorang tak tahu cakap English. Hehehe

Nak bagitau ni, walaupun setahun KC buat preparation, itinerary 4-5 kali tukar, bila dah sampai Tokyo, terus taknak pakai itinerary, ikut kepala je nak pergi jalan mana-mana. Hehe.
Kawasan Kejiranan Hostel tempat KC berteduh selama 4 malam.
Bersih sangat!

Dah letak beg tu, KC pergi ke Asakusa untuk jumpa dengan anak angkat mak KC. Riisa namanya. Hehehe. Baik dan sangat lembut orangnya. Dah jumpa tu, berpeluk sakan lah dengan Riisa sebab dah setahun tak jumpa. Lepastu kami pergi Sensoji Temple. Seminit je jalan kaki dari Asakusa Station. Mula-mula sampai akan jumpa dengan Kaminarimon Gate dulu. Lalu bawah gendang besar tu, cantik ukiran bawah dia. Lepastu pergi Nakamise Shopping Street. Ada jual souvenirs lawa-lawa. Tapi tak beli pun just tengok-tengok je. Depan dari Nakamise tu barulah jumpa Sensoji Temple. Sensoji Temple, Nakamise Shopping Street dan Kaminarimon Gate tu sebenarnya 1 tempat je. Sebelum masuk Sensoji Temple, akan masuk ikut Kaminarimon Gate, then lalu di lorong Nakamise dan akan terus ke Sensoji Temple.
Nakamise Shopping Street.
Yang hujung sekali tu kalau perasan, itulah Sensoji Temple.

Kaminarimon Gate (Sebelum Nakamise Shopping Street)
Ini lah anak angkat Mak KC, Riisa namanya. Comel kan? Hehe



Then lunch dekat Narita-ya Halal Ramen kat sebelah Sensoji Temple tu je dan terus  pergi ke Tokyo Skytree ataupun orang Jepun sebut Tokyo Solamachi. Jauh jugak jalan kaki dari Sensoji Temple ke Tokyo Skytree. Ada dalam 30minit. Ini pun sebab Riisa bawak. Hahaha. Kata nak jimat…. Jalan kaki ler. Haha


Ramen 800 Yen kat Naritaya Halal (Sebelah Sensoji Temple)

Sampai sana, terus pergi Convenient Store atau orang sana sebut Kombini untuk beli air. Tapi KC beli aiskrim Coolish (Peberet daku juaa). Makan dulu lepak-lepak kat luar dengan Riisa, baru masuk terus pergi ke bahagian Souvenirs. Kat sini boleh tahan murah jugaklah dari Nakamise tadi. KC just beli Fridge magnet untuk kakak-kakak dan keychain Tokyo Skytree untuk diri sendiri. KC tak naik pun skydeck tu sebab memang takde dalam itinerary dan tak plan pun nak naik. Next time bawak family KC akan bawak dorang naik Skytree ni.
Aiskrim Coolish. Wajib beli!

Jam 2.30 petang KC gerak pergi Shibuya Crossing. Sampai sana je gigih duk cross jalan banyak kali. Riisa pun layan jelahh. Hahaha. Hampir-hampir nak buat filem lah kan. Hahaha

Pukul 3 petang hantar Riisa pergi station sebab dia kena balik dah ada hal katanya. So, daku pun sambung tengok orang dan duduk lepak2 kat tepi Hachiko Statue tu. Tiba-tiba datang 2 orang (American & Korean) say Hi dan bg aku satu buku kecil. Aku tengok buku tu tulis Jesus bla bla bla. So aku pulangkan balik buku tu dekat orang tu. Sambil kata No. Tapi orang tu ajak aku berborak. Dalam hati Kc duk berzikir, duk sebut Allah berulang kali.  Yang ni KC malas cerita panjang, kalau ada masa KC akan cerita secara details. Cuma nak pesan, kalau sesiapa yang nak ke luar negara secara solo, tolong kuatkan iman anda!

Dah penat duduk kat sana, KC jalan-jalan area Shibuya crossing. Pergi Bic Camera. Anello beg besar harga 2850 yen paling murah. Lepastu tengok jam-jam dan sebagainya. Then belilah sekotak gundam untuk anak buah KC yang kat Malaysia tu. Suka kemain dia. Hehehe

GShock and BabyG kat Bic Camera Shibuya

Pukul 5.30 petang KC gerak balik hostel. Check in, Mandi, Makan dan Sapu minyak dekat kaki tangan semua, pukul 7 malam dah tumbang. Hahaha.

Day 3~ 10 Nov 2017

Pagi tu pukul 9 baru bangun. Bayangkan dari 7 malam sampailah pukul 9 pagi baru bangun. Dah terlepas bas ke Kawaguchiko Lake. So, untuk Fuji Mount ni KC skip lah, tak pergi, takde benda nak ceritalah. Hehehe..

So, bangun mandi, bersiap semua, breakfast Nasi Goreng Ayam Sharifah dengan Sambal Hitam Along Aina. Nasi rasa tawar makan dengan Sambal Hitam jadi sedap gila. Terima Kasih Sambal Hitam! Sesiapa yang nak order Sambal Hitam boleh whatsapp Along Aina (Pos seluruh Malaysia) 0172975378.

Pukul 10.30 pagi baru keluar dr Hostel. Hmm anak dara sungguhlahhh. Hahaha

Dari Hostel KC terus gerak pergi Ginza, pergi Nissan Crossing Café. Yang viral minum muka sendiri tu. Dekat Ginza tu ada pelbagai Butik branded Macam Seiko, Prada, Hermes dan sebagainya. (Betulkan saya kalau salah).

Bangunan Nissan Crossing. turun je dekat Ginza Station.
Kurang dari 20 tapak, terus jumpa Bangunan ni.

Alahai comelnya, anak dara siapalah ni.
#minummukasendiri

Dah minum coffe yang sedap gilos tu, KC gerak ke Daiba. Untuk ke Daiba ni banyak keluarkan duit dekat train. Sebab dia tak cover dlm pass. Dalam pukul 1.30 petang, KC sampai ke Odaiba Statue Of Liberty. Dah snap agak dalam 20 gambar, ingat nak beli souvenirs sikit untuk anak-anak buah kat Malaysia tu, masuk lah AquaCity Mall sebelah Odaiba Statue of Liberty tu. Cari Mainan and baju2. Lepastu terfikir pulak, kang nak berjalan lagi, penat, baik pergi tengok Gundam dulu. Lepastu pergi Gundam, tanya orang-orang tepi jalan, jalan kaki dalam 5 minit dr stesen / aqua city terus lah nampak Gundam besar tu. Excited kemain, ni kalau bawak budak2 taknak balik nanti ni. Huhu… dah puas ambil gambar hantar kat anak sedara, KC pergi pusing2 kat area situ. Tiba-tiba dengar  bunyi bising, rupa-rupanya ada show Gundam! Melepas tengok depan2. TAPI….. KC tanya orang kat situ, dorang cakap setiap 2 jam, akan ada Gundam Show. Jadi KC tunggulah lagi 2 jam sebab nak tengok betul2.
Depan Aqua City Mall

Sambal Hitam Pahang pun nak selfie dengan Odaiba SoL.
Order Sambal Hitam 0172975378 (Aina)

Haaaa itulahh, rasanya dah cukup baik buat itinerary dan study, rupa-rupanya tertinggal 1 benda. Hahahahaha!

Sementara duk menunggu Gundam Show, KC masuk dlm Divercity tu cari makan, nasib KC bawak sambal hitam, beli nasi segera dekat Konbini, panaskan dalam microwave dan terus letak sambal hitam. Nikmat tak terkata!
Makanan Favourite ni.
Meja yang KC duduk ni khas untuk seorang.

Pukul 4.40 KC dah keluar tunggu kat depan Gundam sebab nak tgk show tu. Akhirnya dapat juga tengok Gundam Show. Syukurrr…!

Bergambar depan Unicorn Gundam.
Handsome je dia berdiri kat situ.

Lepastu gerak balik KC ke Shinjuku Station nak cari 3coins tote Bag, penatnya mencari jalan, dalam 2 jam duk pusing-pusing dalam Shinjuku Station tu sebab sesat! FYI, Shinjuku station adalah station yang tersibuk di dunia tau! Akhirnya jumpa jugak kedai 3 coins tu tapi takde pun beg yang daku cari, staf situ kata dorang takde stock. Hampeh! Buat penat je sesat lah apa lah. Hahaha!

Pukul 7 malam, KC gerak balik hostel, singgah Lawson beli Aiskrim, Makan Aiskrim sejuk2. Nyamannn….
Aiskrim ni sedap juga tapi 2minggu lepas KC balik dari Tokyo, dapat info dari RTJ yang aiskrim ni dah tak halal. Sebab company dia kata akan masukkan alcohol @ something yang tak halal untuk mengekalkan kualiti aiskrim ni.
At least KC dah pernah rasa aiskrim ni (Masa Halal lah)

Malam tu lepas makan, KC berborak dengan owner hostel, baru berborak sikit, buat lawak sikit, lepastu ada yang dari Philiphines, France, Germany, Hiroshima, Macau duk berkumpul dekat hall sampai lah lewat malam.

Day 4~ 11 Nov 2017

Hari yang ditunggu-tunggu oleh para ibu dan para isteri, tua muda, bujang atau dah berkahwin. Hari Shopping sedunia! Taklah, Shopping sikit-sikit jela..

Destinasi KC hari ke empat adalah ke Nippori. Buat apa kat Nippori? Beli kain leee. Semeter 100 yen kott! (Nippori Textile Town)
Papan Tanda Nippori Textile Town

Kedai Tomato yang famous tuuu.

Kedai paling famous namanya Tomato. Kat sini lah yang ada jual kain semeter 100 yen tu. Tapi syaratnya korang kena angkat 1 kayu tu, bawak dekat kaunter khas dia, cakap nak berapa meter, nanti pekerja dia akan potongkan untuk korang, dan korang kena angkat balik kayu tu dan letakkan semula dekat tempat asal. Selain dari murah, kedai Tomato juga ramai orang dan sesak dengan orang yang pilih-pilih kain.

Ha, nak murah sangat kan? Pergi angkat kayu tu. Hehehe..

Kedai sebelah tomato ada kain yang siap potong dah. Paling Murah 870 Yen untuk 2 meter.

Korang ada dua pilihan. Murah, Penat, Berat dan Sesak atau Mahal, tak penat dan tak sesak.

Pilihlah mana yang terbaik… hehehe.. KC nak senang je, pilih kedai sebelah yang mahal sikit tu.

Dah beli untuk adik beradik KC dan untuk Mak, KC gerak ke Takeshita Street di Harajuku. Lebih kurang macam Uptown Danau Kota. Ramainya umat manusia, tapi sebab sejuk, so KC tak kisah berhimpit-himpit. Hehehe.

Dekat Harajuku duk tengok-tengok barang je. Lepastu singgah kedai abang ni beli fridge magnet 190Yen sebiji. Dan sesungguhnya daku menyesal sebab dekat Ameyayokocho Market lagi murah! Design yang sama ye adik-adik, kakak-kakak… Dahlah beli 10 biji.

Harajuku yang penuh dengan umat manusia.
Macam pergi uptown, bezanya suhu sejuk je. Hehe

Takpelah dah beli dah pun. Hahaha. Next destination KC ke Ameyayokocho Market. Cari Anello Beg. Lepas beli beg, terus ke kedai kebab (Moses Kebab) Nikmatnya makan ayam kat jepun ni. Hahaha.

Kat Ameyayokocho ni macam-macam ada, Souvenirs macam Fridge magnet, baju budak-budak, baju dewasa pun ada. Promo 1000 Yen gais! Kedai 2nd hand pun ada. LV, Gshock, Camera semua ada. Kena pandai survey la. Sesiapa yang mencari Sukajan sini ada jual. Sukajan yang harga 500 – 1300 ni dorang jual tepi jalan je. Huhuhu..

Dah habis cuci mata, balik hostel pulak. Makan, Mandi, Tidur.

Day 5~ 12 Nov 2017

Pagi-pagi dapat mesej dari Riisa, dia kata nak jumpa harini. So, cakap kat dia, jumpa dekat Harajuku Station. Sebab nak ajak pergi Yoyogi Park. So, kami jalan-jalan area Yoyogi Park, ada lah nampak dalam 3-4 group tengah berYoga. Bestnyelah bersenam dengan cuaca sejuk ni. Dekat depan Yoyogi Park tu, masa kami pergi ada Snow Festival. Taktau lah snow yang KC dapat ni snow betul atau yang process. Jadilah, next time nak pergi time winter pulak. Hehe.

Yoyogi Park ni besar gila dan sesuai untuk pakwe makwe yang tengah bercinta jalan-jalan sini sebab tempat dia cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah. Then kami pusing pergi ke Meiji Shrine. Depan pintu masuk Meiji Shrine tu ada budak-budak kecik pakai Yukata. Comel je. Sempat juga KC bergambar dengan dorang. Dah masuk Meiji Shrine tu, baru suku jalan, KC ajak Riisa patah balik sebab tetiba rasa seram sejuk. Haha!
Depan Meiji Shrine.
Ada budak-budak pakai Yukata & Kimono.

Next kami bergerak ke Tokyo Tower yang kalau kat Malaysia umpama tiang elektrik yang warna merah tu. Bayaran masuk adalah 900 Yen. Tengoklah bandar Tokyo. Rendah je sebab 250m deck tengah renovate. Tapi kata Riisa, staf situ bagitahu yang dorang tutup sebab angin kuat. Hm? Hehe..

Masterpiece!

Tiket Tokyo Tower 900 yen (Me & Riisa)

Pemandangan Bandar Tokyo dari Tokyo Tower.
Disebabkan semalam KC beli Anello Beg satu je, dan tunjuk kat adik beradikku, dorang pun nak jugak, jadi lagi sekali KC pergi sana shopping Anello dan 2nd hand Gshock. Dapat lah 5pcs Anello dan sebiji GShock ori. Hehehe. Bak kata kawan daku, takde yang fake dekat Japan ni.
Sebelum daku balik peluk cium Riisa dulu sebab esok dah nak balik. Sedih rasanya. Lepastu Riisa bagi 1 paper bag, dalam tu ada hadiah dari dia. Hehehe comel tau hadiah dia bagi.
Btw, Thanks Riisa Chan~.
Beli beg Anello kat kedai ni. Handsome owner dia. HAHAHA!

Hasil Menyelam untuk sehari. Beli sikit je, Esoknya nak pergi kaw-kaw menyelam Biskut Kapal yang femes tu.
Yang dalam paperbag hijau tu hadiah dari Riisa.
Ada Botol Air, Coklat dan Ramen.

Hari kelima ni KC balik awal jugak sebab nak kemas barang.
Pergi beg 2 balik, beg beranak sampai 4.

Day 6~ 13 Nov 2017

Pagi-pagi lagi KC dah check out dan simpan beg dekat Ueno Station.

Hari last ni, KC dah janji dengan kawan sorang lagi, nak jumpa harini. Hm banyak kawan ek. Hahha
Nama beliau ni Nonoka. Orangnya lebih kepoh, ganas dan tak sopan berlainan dengan Riisa. Hahaha! Berasal dari Kumamoto tapi stay kat Tokyo sebab study kan.

Dari Ueno, KC ke Don Quixote Asakusa (Donki Hote). 6 minit jalan kaki dari Asakusa Station. Kat sini lah shopping coklat bagai. Shopping untuk anak sedara, makcik pakcik, sepupu bagai. Habiskan Yen kat sini.
Nak beli souvenir pun boleh pergi sini. Asakusa Don Quijote.
KC beli berus gigi anak-anak sedara semua kat sini.

Biskut Kapal, yang murah dekat Harajuku tapi kedai tu boleh beli 10 kotak sahaja.
Mahal sikit kat sini Jadi KC borong lah kat sini 70Kotak.

Then KC ke Ueno Station semula untuk jumpa Nonoka. Kami jumpa kat Ueno Station. Sampai kat Ueno KC tunggu dia, dia kata dia lost. Lagipun Ueno Station dah renovate, tu pasal dia sesat. Dah jumpa tu kami peluk cium dan selfie #perempuan kann. Then pergi makan dekat Doner Kebab and gerak ke Ueno Park yang tak jauh dari Ueno Station tu. Dekat je. Jalan2 area situ, alahai bestnya. Kat sini lah segala memori pahit daku.
Inilah Nono, cantik kan? Tapi bising gila minah ni. Haha.
Makan Kebab dengan Nono.

Nono belanja Purikura (Photo Booth). Katanya Kenangan. Hehehe

Al-kisah, duk kutip daun menguning memerah nak bawak balik Malaysia, lepastu nak simpan daun tu dekat belakang handphone dalam handphone cover). Tengah nak buka hp cover tu, hp terlepas dari tangan. Ingatkan hp okay je, rupa-rupanya pecahh. Nak nangis rasanya. Hahaha. Dah nak selfie jadi tak lawa sebab screen pecah belah depan terkena lens selfie. Nasib camera belakang okay lagi.
Tapi takpelah, pengalaman kan.. Haha!

Then kami ke Ameyoko sekali lagi sebab kakak KC nak order beg lagi 1 untuk suami dia.
Dah nak dekat pukul 4 petang, cakap kat Nono nak balik awal sebab takut tertinggal flight. Haha.
Then sebelum pergi ambil beg, Nono ajak pergi kedai Afternoon Tea. Dia kata nak beli barang untuk mak dia. So sambil duk menunggu Nono Shopping tu KC duk tengok barang kat situ. Bekas bento 1000Yen tapi lawa dan comel. Tak beli pun. Haha.

Nono dah siap beli barang, Kc pergi kat locker ambik beg, terkejut Nono tengok barang KC kemain banyak. Hahah, masa tengah2 setting beg tu, Nono bagi plastic Afternoon Tea. Dia kata untuk daku yang dari jauh datang ke Tokyo. Terharu lagi sekali. Thanks Nono Chan~.

Nono nak hantar sampai airport tapi KC kata tak payah, sebab nanti habis duit dia, so dia hantar sampai kat Ueno Station je. Duk bye  dia tetiba air mata mengalir. Rasa rindu dah kat Tokyo. Hehehe…

Sampai airport KC terus pergi timbang beg, terlebih 2kg, keluarkan wintercoat eh ngam-ngam pulak 20kg. Hahaha. So, kat airport nak habiskan Yen tu, KC beli Air Georgia 3 botol bawak balik Malaysia dan Nama Chocolate 3kotak.
Itupun ada balance lagi 23k yen.
Beg yang beranak pinak. Hahaha
Semua coklat ni Halal dan Sedap!!

Sedih rasanya nak tinggalkan bumi Matahari Terbit ni. Tapi apakan daya, KC hanyalah Pengembara yang tengah berjimat cermat ni. Hahaha. Inipun banyak tempat yang tak sempat pergi. Next time daku akan datang lagi ke Tokyo. Inshaallah!

So tamatlah sudah Trip 6 hari 5 malam Tokyo oleh Miss KC.
*Kalau ada yang salah mohon betulkan ye. KC dah 3 bulan tinggalkan Tokyo, jadi, tak berapa nak ingat. 

Next Entry KC cerita serba sedikit tips dan kos perjalanan ke Tokyo.


Next Destination, KHAO YAI!!

Comments

  1. Best2. Miss pergi masa ni musim apa ye?

    ReplyDelete
  2. Hii. Akak total budget bape yer? Sng tak dpt mknan halsl kat sane.

    ReplyDelete
  3. Salam sis, terima kasih atas post details tentang pelancongan ke tokyo jepun. Nak tanya sikit, sebab selalu dengar orang kata pelancongan jepun mahal, akak total perbelanjaan dalam trip tokyo ini berape ya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi Thanks for showing your interest. I'll contact you soon! Lots of Love, KC

Wajib Baca!

Itinerary dan Kos bercuti di Tawau, Sabah

Cara Beli Tiket Online Air Asia