Cara Beli Tiket Online Air Asia

Hi Semua!

Kat sini semua orang suka berjalan kan? Tak kisah lah naik flight ke, roadtrip ke ataupun naik cruise. Tapi KC pasti yang mesti newbie takut nak beli tiket flight, sebab dulu masa KC mula-mula beli tiket Flight, menggeletar tangan tak hengattt. Takut salah pilih date, naik juling bijik mata duk review sebelum submit payment. HAHAHA.

So, harini KC nak share cara-cara untuk beli tiket flight bagi yang tak pernah beli. Yang dah pandai beli boleh skip.

Okay first of all, sila check harga tiket murah-murah. Boleh check dekat Skyscanner ataupun Kayak.com ataupun pergi je dekat website mana-mana Airlines yang korang nak, Air Asia ke Malaysia Airlines atau Malindo Air atau mana-mana jelah. Ni antara contoh Airlines yang ada kat KLIA/KLIA2. Actually banyak je macam Qatar Airways, Royal Brunei Airlines dan sebagainya, tapi ni contoh yang paling mudah KC nk tunjukkan.

Btw, KC akan tunjuk cara untuk beli flight tix Air Asia je (basically, cara nak beli flight tix almost sama dengan mana-mana Airlines pun.

1.  PERGI WEBSITE AIR ASIA (Klik Sini).

Contoh 1

2. SILA PILIH ORIGIN, DESTINASI, TARIKH DAN JUMLAH GUESTS

Contoh KC buat dari KUL - HND (Tokyo).
Dan pilih tarikh 8 Nov 2017 - 13 Nov 2017 dan Jumlah Guest seorang je. Ini sebagai contoh untuk ditunjukkan kepada korang.


3. PILIH JAM PENERBANGAN

Sambil tu minum lah air seteguk dua. Kalau Internet lembab macam siput, pergi lah masak maggie dulu. Hehehe.

Kemudian, pilih nak terbang jam berapa. Macam nak ke Tokyo ni di ada 1 penerbangan je dalam sehari. jadi nak atau tak nak, kena pilih terbang jam 2.40 petang dan untuk return jam 11.45 malam dari Tokyo.

*Tips

Sila beli tiket time promo, kalau bukan promo harga tersangatlah mahal. Bila waktu sesuai nak beli flight tix? Masa orang tengah tidur, ha masatu paling best sebab orang tak ramai buka website AA, jadi tak lambat. Smooth je.

Lagi satu, kalau nak check flight tix, buka incognito tab dekat komputer/laptop/hp masing2.


Harga Mahal Sebelum Promo.

Perlu diingatkan, harga berubah-ubah. Harga Tiket KUL-HND-KUL adalah sekitar RM1200 - RM1600. Kalau time promo paling murah boleh dapat dalam RM600++.

Dah siap pilih masa, tekan continue. Website akan bawa untuk isi butir peribadi.

4. ISI BUTIR PERIBADI DENGAN BERHATI-HATI

Kat bahagian ni mohon korang alert! Tolong isikan NAMA, NATIONALITY, TARIKH LAHIR dan sebagainya dengan TEPAT!


Kalau nama ada jarak, tolong jarakkan. Kalau nama ada tanda titik macam nama orang2 dulu, just letak space sahaja. (Untuk AirAsia, untuk Airlines lain rasanya boleh letak titik tu)

Contoh: Korang buat macam ni.

Hamsiah Binti A.Wahab

First Name   : Hamsiah
Surname       : A Wahab

Ada yang tanya, wajib ke tak letak Bin/Binti/Anak Lelaki and etc as per IC ataupun Passport. Sebab nama budak-budak sekarang bukan main panjang. Siti Markonah Zabedah Habibah Binti Ariq Fayyadh Muaz.

Biasanya KC tak letak untuk Air Asia je and middle names do not matter. As long as first name dan last name are the same on passport dan tiket.

Tapi nasihat KC, sila letak Binti/Bin walaupun nama korang pendek, untuk keselamatan je sebenarnya. Kalau Beli Airlines lain KC letak Binti tu, Letak kat First Name ye.

Contoh:

Siti Nurshafiqah Binti Mohamad

First Name   : Siti Nurshafiqah Binti

Surname       : Mohamad 

Untuk pengetahuan korang kenapa sesetengah Airlines wajibkan untuk letak 'nama tengah' ni BACA SINI

Ini contoh kalau korang beli Flight Tix untuk diri sendiri

Yang ini contoh kalau korang beli untuk orang lain. Sila untick I am Flying 

5. ADD-ONS MAKANAN, ETC

Dah siap isi details tekan continue dan korang akan dipertemukan dengan Add ons. Kat sini korang boleh jimat sebenarnya. Tak payah ambil baggage pun takpe, sebab Hand Carry AA akan bagi 7kg (including Handbag *update Jun 2017). Tolong jangan terlebih berat ye. 

Ada beberapa pilihan untuk baggage

Boleh add on makanan, seat, inflight comfort dan inflight entertainment.

Contoh pilihan makanan.

Nasi Lemak Pak Naser Sedap!

Ini contoh seat Silent Zone. Luas dan khas untuk orang tak suka bising.

Tengokle harga seatnya berapa. Kemainnnnn Mahal!

6. DOUBLE CHECK SEBELUM BUAT PEMBAYARAN

Dah settle di bahagian pilih seat dan makanan boleh terus proceed untuk pembayaran. Untuk pembayaran ada beberapa pilihan iaitu,


  • Credit Card/Debit Card
  • Internet Banking
  • UnionPay
  • E-giftVoucher
  • dan lain-lain
Korang boleh pilih yang mana satu korang nak guna. Tapi KC guna Internet banking je. FYI, harga sebelum korang bayar adalah tidak termasuk Processing Fee. Internet Banking RM4 sahaja.

Sebelum tekan Purchase tu, mohon korang check balik details semua, Tarikh, Masa, Destinasi , add ons dan sebagainya. Sebab pernah terjadi dekat kawan KC, dia nak balik Kelantan.

Sepatutnya 7hb tu tiket KUL - KBR dan 10hb tu KBR - KUL. Tapi dia tersalah beli 7hb KBR - KUL dan 10hb KUL - KBR.

Nasib baik masa tu tiket murah, so dia beli tiket lain je. Pengajarannya dekat sini, tolong isi origin dan destinasi dengan TEPAT! Semak Nama, Tarikh Lahir, Nationality sebelum buat payment. PENTING TAU!

Belah kanan tu senarai tiket, passanger dan add ons. Double Check!
7. PEMBAYARAN

Bila dah tekan Purchase tu sila tunggu. Jangan nak gatal tangan pi refresh apa semua. Website akan bawak direct pi dekat Internet banking maasing2. Maybank2u atau Cimbclicks dan sebagainya.\

Masuk butir macam biasa. ID dan Password

Jangan Refresh ye kawan-kawan!

Tunggu sampai dia keluar macam ni.
Pastikan duit dalam akaun cukup untuk buat pembayaran.
Dan tekan Submit.
Once dah submit payment, CIMB akan hantar TAC macam biasalah. Kemudian Air Asia akan hantar email confirmation macam kat bawah ni.

Ini Contoh Masa KC beli Tiket ke Tokyo.

Bila dah dapat email macam ni, boleh lah urut dada dan bertenang and COUNTING DAYS!!

Sila starred email dari Air Asia ni supaya senang korang nak cari balik untuk modify atau check in.

Untuk International Flight tak perlu letak No Passport masa beli tiket (Air Asia). Nanti sebelum check in baru letak No Passport. 

Nasihat KC, sila buat akaun Air Asia dulu before beli tiket dan download Mobile apps Air Asia dekat Apps Store/PlayStore untuk memudahkan korang nak buat apa-apa tambahan infants/makanan/luggage/no passport dan sebagainya.



*Tips.

Kalau korang nak dapat Big Points macam KC, korang kena daftar dengan AirAsia. Free je! Tak payah bayar apa2 pun. Next Entry KC akan ceritakan tentang apa bagusnya kumpul Big Points ni dan cara untuk Kumpul Big Points.





Comments

  1. nak tanya..perlu ke beli seat kalau kite g ber2 n bocked ticket pd masa sama..?risau kang dok jauh2 plak..

    ReplyDelete
  2. Kalau budak umur 7 tahun nak letak mr juga ker ?? Tq

    ReplyDelete
  3. Salam nk tanya. Saya nk beli ticket flight tapi pasport dh expired so klau saya beli ticket dulu then baru pergi renew passport boleh ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi Thanks for showing your interest. I'll contact you soon! Lots of Love, KC

Wajib Baca!

Itinerary dan Kos bercuti di Tawau, Sabah

Itinerary Tokyo 6 Hari 5 Malam