REVIEW: ATV OFFROAD JANDA BAIK
Assalamualaikum wbt. KC nak tanya, siapa kat sini yang sukakan aktiviti lasak?! Contoh macam Hiking ke, Off-road Cycling ke etc. Harini KC nak review tentang salah satu daripada sukan lasak yang ada kat Malaysia ni. Antaranya ATV (All Terrain vehicle). ATV kali ni ada dekat Kampung Janda Baik. Haaa sape pernah pergi Janda Baik? Kalau tak pernah, next time boleh plan dengan family, kawan-kawan, suami, isteri dsb untuk bercuti kat Janda Baik. Best tau! Okay intro dah panjang. Jom kita mulakan.. Dekat Janda Baik ada 2 buah tempat untuk menyewa ATV, tak macam kat Kampung Kemensah. Ada banyak pilihan kan. Yang KC nak cerita harini pasal ATV OFFROAD JANDA BAIK yang terbaikkkkkk! ATV Offroad Janda Baik ni dah lebih setahun buka. Kalau sesiapa perasan depan ILMU Janda Baik ada Banner lama ATV. DUlu, ATV Offroad Janda Baik buka di sana. Kemudian pada 5 Feb 2016 dorang berpindah ke tapak yang sekarang ni. ATV Offroad Janda Baik terletak 10km dari Pintu Gerb...