REVIEW: ATV OFFROAD JANDA BAIK

Assalamualaikum wbt.

 KC nak tanya, siapa kat sini yang sukakan aktiviti lasak?!

Contoh macam Hiking ke, Off-road Cycling ke etc. Harini KC nak review tentang salah satu daripada sukan lasak yang ada kat Malaysia ni. Antaranya ATV (All Terrain vehicle).


ATV kali ni ada dekat Kampung Janda Baik. Haaa sape pernah pergi Janda Baik? Kalau tak pernah, next time boleh plan dengan family, kawan-kawan, suami, isteri dsb untuk bercuti kat Janda Baik. Best tau! Okay intro dah panjang. Jom kita mulakan.. Dekat Janda Baik ada 2 buah tempat untuk menyewa ATV, tak macam kat Kampung Kemensah. Ada banyak pilihan kan.

Yang KC nak cerita harini pasal ATV OFFROAD JANDA BAIK yang terbaikkkkkk!




ATV Offroad Janda Baik ni dah lebih setahun buka. Kalau sesiapa perasan depan ILMU Janda Baik ada Banner lama ATV. DUlu, ATV Offroad Janda Baik buka di sana. Kemudian pada 5 Feb 2016 dorang berpindah ke tapak yang sekarang ni.

ATV Offroad Janda Baik terletak 10km dari Pintu Gerbang Kampung Janda Baik. Nak ke sini senang je. Dari pintu gerbang Janda Baik terus je dalam 10KM sampai jumpa Kampung Orang Asli Hulu Chemperoh. ATV ni ada betul2 berdepan dengan Tadika Orang Asli. Senang je nak cari, tepi jalan je. Belah Kiri.

Takpun, kalau tak jumpa just GPS je, dah ada dalam Google Maps lagi tau! Ni gambar berdepan dengan ATV OFFROAD JANDA BAIK. Ada 2 biji khemah, Pagar Buluh Merah Putih dengan Banner tulis ATV OFFROAD JANDA BAIK.


Okay. Kalau betul2 tak jumpa tempatnya boleh call  017-9095756 (Qudeen) atau 017-9616471 (Alizam).

Okay habis bab tempat.

Sekarang KC nak cerita pasal pakej dia pulak. Buat masa ni, Pakej ATV ada 3 iaitu; Pakej Pusing Trek RM35/pax 4 kali pusingan. Setiap satu pusingan dalam 180 meter jugaklah. Taktaulah nak cakap adventure atau pun tidak. Kena datang sini, cuba sendiri, baru syokk!





Yang kedua, Pakej Offroad RM80/pax. Jalan agak santai, ambil masa lebih kurang 1 jam. ada aktiviti meredah sungai, melawat kebun markisa dan tengok view ciptaan ALLAH swt. Jom layan gambar dulu.




View memang cantik waktu pagi. Subhanallah. Ciptaan ALLAH.

Pakej ke tiga, Pakej Kuala Gua RM250/pax. Tapi buat masa ni pakej Kuala Gua tak di buka kepada pelanggan atas sebab-sebab tertentu. Jadi, pakej yang available setakat ni adalah Pusing Trek dan Offroad. ni quoataton dari pihak ATV


Bagi KC, ATV ni best gila! Tapi terpulang kpd individu. Ada orang tak suka sebab bau lecah yang busuk. Ada orang suka sebab sekali sekala masuk Kampung, jadi orang kampung kena lecah bagai. Memang Best.

Untuk Yang nak like page di FB boleh cari ATV OFFROAD JANDA BAIK dan follow Instagram ATV OFFROAD JANDA BAIK. Akhir kata. Ke mana Kita? Ke Janda Baik Lah Kiteeee

Comments

Wajib Baca!

Itinerary dan Kos bercuti di Tawau, Sabah

Cara Beli Tiket Online Air Asia

Itinerary Tokyo 6 Hari 5 Malam