Itinerary Kundasang, Sabah 2017!
Assalamualaikum wbt.
Kali ni KC nak share Itinerary ke Kundasang untuk readers.Hari ni baru KC sempat nak menulis blog. Iti nya dah terperam 4 bulan dah. Maaflah kalau ada readers yang tertunggu-tunggu.
Notes: 2 malam
Kundasang, 1 malam bandar KK.
Hari Pertama
Sampai airport KK, terus ambil luggage. Lepastu keluarkan
IC/Passport lalu dekat Immi Sabah, nanti dorang akan bagi Arrival Slip. Simpan
arrival slip (nanti masa balik kena pulang balik dekat kastam sabah). Then ambil
kereta sewa terus pi Kundasang. Masa tu jam dah pukul 5 petang (lambat sbb ada
masalah sewa kereta #marah). Dari airport (KKIA) ke Kundasang lebih kurang 2jam
lebih.
Notes: Jalan nak
Kundasang berbukit tinggi, nak ke homestay tu laaaaagi tinggi. So, mohon berhati-hati ye. Terutama kalau hujan. FYI, korang kena sewa
kereta cc besar.
Sampai je kat D's Homestay Mesilou, terus masuk, mandi dan
chop tempat tidur. Masa tu malam dah, baru lepas hujan. Suhu 16 sejuk wooo. Air
dia, Ma shaa Allah sejuk beku. Yang muda-muda macam kami ni angkat barang dr van,
masuk dalam homestay. Mak dgn Makcik dah start memasak untuk dinner. Minyak
masak pun beku. Hehehe. Lepastu takde apa2 aktiviti. Just berehat je. Tidur awal
untuk aktiviti esok.
Ha inilah Homestay kami. Kecik tapi Bersih! Model: Sepupu KC.
Hari Kedua
Bangun pagi pukul 5 pagi, Sbb menunggu sunset. Memang cantik
sangat-sangat Sunset kat sini. SubhanAllah. Tapi tak sempat ambil gambar sebab terlalu asyik tengok sunset.
Pagi tu kami breakfast kat homestay je. Pukul 8pg terus pergi Desa Dairy Farm (DDF). Alahai yang famous mcm kat NZ tu. Tempat dia memang cantik tapi agak berbau pasal lembu kan. Dengan cuaca sejuk, dengan ada bau lembu, terasa mcm ada kat Kampung je.
Pagi tu kami breakfast kat homestay je. Pukul 8pg terus pergi Desa Dairy Farm (DDF). Alahai yang famous mcm kat NZ tu. Tempat dia memang cantik tapi agak berbau pasal lembu kan. Dengan cuaca sejuk, dengan ada bau lembu, terasa mcm ada kat Kampung je.
DDF tu dekat je dgn homestay, lebih kurang 2 minit bawak
kete. Dah bergambar, rasa aiskrim dan susu dia, Super Duper Lazat! Wajib try. Kami
shopping banyak2 untuk bawa balik Semenanjung, kan homestay dekat je, so balik
jap, simpan air semua dalam freezer.
Sedapnya Aiskrim dia. Fresh!
Tempat perah susu lembu
View awal pagi, Alhamdulillah, Gunung Kinabalu tak malu hari ni!
Then kami pergi Tagal Sg Moroli aka fish spa pulak. Bayaran
masuk RM5/pax. Sebelah fish spa tu ada Ladang Teh (masuk free je) so kitorg masuk sana minum2 dekat
cafe dia. Then cashier sana tu kata kalau terus sikit ada Rumah Panjang, kami
pergi sana melawat jela. Tempat dia agak scary sebab takde orang pun. Kami je
yang ada kat situ.
Sepupu suap ikan. Suap ikan takpe, Jangan anak ikan maaak sudahlah. Hehe
Lepastu balik singgah lunch kat tepi jalan je then balik
terus pergi shopping sayur + buah kat pekan kundasang. Lepastu pergi shopping
dekat Pekan Nabalu. Lepas habis shopping, singgah makan bihun sup dekat Restoran
Hidayah dekat roundaboard pekan kundasang. Sedap sup dia. Wajib Try. Landmark
dia sayur kobis besar. Untuk Dinner malam kami beli KFC kat Pekan Kundasang.
Bunga-bunga. Geram nak bawa balik!
Taraaa!! Ni lah Van kami.
Notes: Minta maaf, Mostly makanan dekat sana tak kena
dengan tekak orang Semenanjung. Jadi makanan yang paling best dekat sana adalah
KFC. Minta maaf Sabahan.
Hari Ketiga
Hari terakhir dekat Kundasang, sebab lagi 1 hari kami stay
dekat Bandar KK pulak sebab nak makan seafood. Pagi tu after breakfast, kami pergi
Kinabalu Park dulu, bayaran masuk RM3/pax. Dah bergambar semua, kami pergi
Shopping sekali lagi dekat Pekan Nabalu.
Senarai Nama Rekod Sape daki Gunung paling laju.
Dekat sana kami shopping dekat kedai no 10. FYI, kedai tu
kepunyaan kawan kakak KC, jadi kami shopping kat sana, kaw-kaw dia bagi murah.
Siap bagi free gift lagi. Semoga dimurahkan rezeki akak Mun dan Family. Terima
Kasih akak Mun!
Ni dia Kedai Kak Mun, Kedai No 10!
On the way nak ke KK, kami singgah makan Nasi Ayam dekat tepi
jalan. Nama kedai tu MJ Corner, terletak dekat Bulatan Berungis. Serious sedap
Nasi Ayam dia, tapi mahal sikit la
.
.
Sampai je dekat KK, masatu dah pukul 2 petang, jadi kami
terus Check In Hotel (Le Hotel Kinabalu). Hotel Alhamdulillah, bersih. Bilik air
9/10. Petang jam 4 petang kami turun pergi Pasar Ikan Masin. Dia sebelah dengan
Pasar Filipin je. Beli Keropok Amplang berbungkus2. Habis RM200 sahaja untuk
beli Amplang. Wajib beli kalau datang Sabah - kata iparku orang Sabah. Hihihi.
Nasi Ayam Sedap tapi Mahal. Hehe
Malam makan kami makan seafood kat Dataran Todak, kat Kedai
Ummi atau Hj Manja. Kedai ni berdepan antara 1 sama lain. Haritu kitorg makan
kat Kedai Ummi, sedap! Kedai Hj Manja tu ramai orang jadi kami makan dekat
Kedai Ummi. Serious sedap!
Hari Ke Empat
Hari Terakhir kami dekat KK. Flight kami jam 12.30 pm. Jadi
kami kemas2 barang terus pergi KKIA. Breakfast KFC je kat sana. Jam 3.30 pm
baru sampai KLIA2. Alhamdulillah!
Shopping Seafood bawak balik Semenanjung
Masa untuk Check in barang!
Jadi rasanya untuk trip kali ni, KC bagi 9 out of 10. Sabah
memang best! Cantik! Nak repeat lagi, tapi tahun ni, jadual KC beratur, Bulan
9, 11, 12 Full!
**Tips
- Bawak beras sendiri, makanan Sabah kurang di tekak KC kecuali dkt KK.
- Bawak beras sendiri, makanan Sabah kurang di tekak KC kecuali dkt KK.
- kat sepanjang jalan nk pi Kundasang banyak Sinalau Bakas (
Babi hutan salai) jgn singgah pulak. Hehehe.
- cili kat sabah mahal sbb org sana kurang makan pedas
Thanks share! Sangat bermanfaat :)
ReplyDeleteTerima kasih. Jemput jalan-jalan ke blog saya.
DeleteHi saya sabrina. Blh share itinerary. Nk bawak fmly feb 2019.fmly besar :) sabrina272001@yahoo.com
ReplyDeletetolong share macam mana urus packed seafood bawak balik semenanjung
ReplyDelete